Hari Terbuka Pusat Internet Malaysia Kodiang bersama MPKK Kg Kodiang Lama 2020
2 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Malaysia Kodiang telah menjalankan insiatif program bersama MPKK Kg Kodiang Lama untuk mengadakan program Hari Terbuka Pusat Internet Malaysia Kodiang bersama MPKK Kg Kodiang Lama dan Demonstrasi Kebakaran Bersama Pasukan Bomba Kubang Pasu.
Program ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara masyarakat Kampung Kodiang Lama khususnya dan penduduk Kodiang amnya. Dalam masa yang sama dapat mendedahkan tentang peranan yang dibawa oleh Pusat Internet Malaysia Kodiang kepada penduduk setempat.
Di samping itu,program ini mendedahkan pengunjung akan latihan kebakaran dan demonstrasi pemadaman api oleh pasukan Bomba Kubang Pasu.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Salmee Binti Said, Adun Kota Siputeh dan turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Keplu iaitu Encik Mohamad Helmy b Md Saad.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat Klik Dengan Bijak(KDB) oleh wakil Pusat Internet Malaysia, Taklimat Wabak Novel (Coronovirus) dan Akta Berita Palsu oleh wakil Komuniti Harapan Malaysia, Peraduan Kahoot Online dan Pemeriksaan Kesihatan B40 oleh Klinik Kesihatan Kodiang serta tidak ketinggalan Cabutan Bertuah kepada pengunjung yang hadir.
Melalui perjalanan program ini, sedikit sebanyak dapat mewujudkan kesedaran kepada masyarakat setempat akan peranan Pusat Internet Malaysia Kodiang serta mempromosi program dan latihan yang dianjurkan Pusat Internet Malaysia Kodiang kepada masyarakat setempat Kodiang. Pusat Internet Malaysia Kodiang juga merasa bertuah kerana lebih 76 orang pelajar Sekolah Menengah Tunku Bendahara bersama guru-guru pengiring telah hadir untuk meraikan Hari Terbuka Pusat Internet Malaysia Kodiang bersama MPKK Kg Kodiang Lama ini.
Sambutan di kalangan penduduk adalah amat memberangsangkan sehingga mencatat kehadiran lebih 100 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk Kampung Kodiang Lama Dalam. Majlis dijalankan selama 6 jam bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: